megah30 Agro Tourism Farm

Syarikat sedang merancang untuk melaksanakan Projek AgroTourism Farm yang terletak di Mukim Begia,Sik.Kedah Darul Aman.

Disamping itu pihak syarikat juga merancang untuk membina beberapa buah chalet penginapan dengan konsep tradisional sebagai daya tarikan pelancong dalam negeri khususnya disamping menikmati keindahan suasana ladang tanaman kontan secara langsung.

Projek ini juga bakal dijadikan satu tapak pertanian komersial tanaman kontan untuk pasaran negeri Kedah khususnya yang akan menggunakan teknik Fertigasi yang dijamin Halal serta Toyyiban.

Hasil pertanian dari ladang kami akan diedarkan secara Runcit dan Borong kepada usahawan melayu khususnya agar dapat membantu melayu bumiputra Islam menjana pendapatan.

Satu platform pemasaran dan aplikasi khusus akan diwujudkan untuk melancarkan strategi pemasaran agar memudahkan semua pihak dari ladang hingga kepada pengguna.
Pertanian

megah30 Agro Farm 

Ladang Tanaman Kontan
Seluas 4.5 ekar di Mukim Begia daerah Sik,Kedah.

Projek ini dijangka akan dimulakan pada bulan Julai 2024.

Perancangan kami akan memfokus ke arah tanaman kontan seperti Sayur Sawi,Terung,Bendi dan sebagainya secara konsep fertigasi dengan bimbingan daripada Jabatan Pertanian Negeri.

Kami juga akan membuka peluang kepada orang ramai untuk bersama-sama dengan kami mengusahakan projek pertanian ini secara kelompok atau melabur untuk menjana ekonomi dan menambah pendapatan.
Projek Komersial Jagung Bijiran.
Projek ini adalah dengan Usahasama Majlis Ayahanda Penasihat Negeri Selangor yang terletak di daerah Kuala Langat Selatan berdekatan dengan Tg.Sepat,Selangor berkeluasan 50 ekar.

Projek ini akan diusahakan tanaman jagung bijiran secara besar-besaran sebagai menyahut seruan kerajaan untuk mengurangkan impot bahan mentah jagung bijiran untuk tujuan makanan haiwan ternakan di Malaysia.

Projek ini dijangkakan dapat mengurangkan impot jagung bijiran untuk tujuan makanan haiwan sebanyak 10 peratus In Sya Allah.

Kami juga manggalakkan orang ramai untuk melabur dalam projek ini sebagai sumber pendapatan tambahan.
Pertanian

Megah30 Lojistik

Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Hasil Pertanian.
Lokasi terletak di tapak ladang tanaman kontan di mukim Begia daerah Sik.

Tapak ini akan menjadi Hab pengumpulan dan pengedaran produk pertanian bagi Negeri Kedah khususnya yang dihasilkan dari ladang sendiri dan juga akan diperolehi dari ladang-ladang berhampiran yang diusahakan oleh petani persendirian.

Kami akan bekerjasama dengan FAMA sebagai hub pengedaran seluruh Negeri Kedah.

Pihak kami juga akan menyediakan Aplikasi pembelian atas talian(online) sebagai platform untuk kemudahan pelanggan runcit atau borong terus dari ladang.

Langkah dan usaha serta penyelidikan sedang dibuat oleh kami dalam strategi pemasaran hasil pertanian. Aktiviti penting ini adalah sebagai pelengkap dalam menentu kejayaan Megah30 AgroFarm sebagai pengeluar produk pertanian dan menjadi penyokong aktiviti pemasaran yang dijalankan oleh FAMA di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA Inc.) Untuk mencapai matlamat program pemasaran ini, infrastruktur dan kemudahan pemasaran akan dipertingkatkan.

Tujuan dijalankan
Antara tujuan perkhidmatan pemasaran ini dijalankan adalah untuk :
  • Meningkatkan pendapatan peladang dengan menyediakan saluran pemasaran yang berkesan
  • Menyediakan pelbagai kemudahan bagi mengelakkan hasil-hasil pertanian yang dikeluarkan oleh peladang mengalami kerosakan.
  • Mengatur peladang mengusahakan bidang pertanian mengikut jadual yang bersesuaian dengan kehendak pasaran.
  • Menguruskan kontrak pemasaran dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta.
Perkhidmatan Yang Disediakan Saluran Pasaran
Antara saluran pasaran hasil pertanian ialah:
  • NAFAS
  • Pertubuhan Peladang Negeri (PPN)
  • Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)
  • Pusat Pengedaran Peladang
  • Freshmart Peladang
  • Pusat Pengumpulan Hasil Peladang
  • Pasar Borong
  • Pasar Tani
Logistik
Perkhidmatan logistik adalah Nadi kepada sesuatu perniagaan dan juga penentu kepada harga semasa pasaran apa jua produk.

Pihak kami akan menyediakan suatu platform ala shopee sebagai asas kepada kawalan harga produk yang keluar dari syarikat kami.

Kami akan berusaha dari masa ke semasa untuk menyediakan satu sistem pengangkutan yang dapat menjamin harga pasaran produk dari ladang serta hub pengumpulan kami.

Kontraktor Ladang Sawit

Perkhidmatan Menyelenggara,Menuai Dan Mengangkut

Perunding Projek

Tanggungjawab Sosial

 
Perniagaan
Ingin turut serta sebagai pelabur atau menyertai Program kelompok?
Search